Kebanyakan aplikasi biometrik digunakan untuk memenuhi tujuan berikut:
Kawalan Akses Fizikal
Kaedah biometrik digunakan untuk tujuan akses fizikal seperti perbandingan templat biometrik di dalam maklumat pasport/visa penumpang untuk memasuki negara lain dan kad akses pejabat untuk masuk ke bangunan/pejabat.
Kawalan Akses Logikal
Aplikasi biometrik juga boleh digunakan untuk kawalan akses logikal bagi mengenal pasti identiti pengguna yang melaksanakan transaksi secara atas talian (online) seperti E-Banking, E-Commerce dan E-Government menggantikan kawalan secara fizikal (face-to-face).
Pengenalan diri
Biometrik juga digunakan untuk tujuan pengesahan pengenalan diri.Sebagai contoh, templat biometrik cap jari individu dimasukkan dalam MyKad sebagai sebahagian dari dokumen pengenalan diri.
Forensik
Biometrik juga digunakan untuk tujuan forensik bagi pengecaman identiti. Sebagai contoh, pengesanan penjenayah oleh polis melalui cap jari dan juga pengecaman Asid Deoxyribonucleic (DNA).
No comments:
Post a Comment