Antara perkara-perkara yang dikenal pasti menjadi kekangan dan boleh mempengaruhi penggunaan sistem biometrik ialah:
Faktor Fizikal dan Kesihatan Individu
Faktor fizikal dan perubatan boleh mempengaruhi penggunaan dan ketepatan sistem biometrik. Contohnya, individu yang cacat penglihatan mengalami kesulitan untuk menyelaraskan kedudukan mata dengan kamera bagi sistem biometrik iris, manakala pesakit sendi sukar untuk meletakkan ibu jari/tangan di posisi sebenar alat pembaca. Ini juga termasuk semua jenis pembedahan yang akan merubah struktur asal ciri pengesanan seperti muka, mata, tangan dan lain-lain.
Risiko Kesihatan
Penggunaan sistem biometrik boleh mendatangkan risiko kepada individu di mana ada kemungkinan berlakunya kecederaan kepada sistem tubuh individu. Kesan secara langsung ialah risiko kecederaan disebabkan penggunaan alat-alat biometrik seperti contact sensor,penggunaan UV light serta lain-lain yang seumpamanya. Risiko lain ialah data biometrik individu boleh disalah guna untuk mendedahkan maklumat kesihatan seseorang.
Privasi
Sesetengah individu merasakan penggunaan data biometrik adalah bertentangan dengan hak privasi. Data-data biometrik yang diperoleh/simpan boleh digunakan untuk tujuan lain yang tidak dipersetujui oleh pengguna.
No comments:
Post a Comment