Tuesday, February 15, 2011

FUNGSI-FUNGSI BIOMETRIK

Secara umumnya fungsi-fungsi asas di dalam sistem biometrik adalah:
(i) Pendaftaran (Enrollment);
(ii) Pengesahan (Verification); dan
(iii) Identifikasi (Identification).


Pendaftaran (Enrollment)
Dalam fungsi pendaftaran, sistem akan menjana dan menyimpan templat pendaftaran biometrik individu.


Pengesahan (Verification)
Pengesahan adalah fungsi di mana sistem mengesahkan identiti seseorang (Am I who I claim I am?). Pengesahan menggunakan kaedah pemadanan satu ke satu.Proses pengesahan dan pemadanan boleh dibuat dengan membandingkan sampel biometrik semasa yang diperoleh daripada individu dengan templat biometrik individu tersebut yang disimpan dalam sistem sama ada menggunakan media mudah alih ataupun pangkalan data.Media mudah alih seperti kad pintar mengandungi hanya satu templat biometrik bagi individu untuk tujuan pengesahan. Sampel biometrik individu akan dibandingkan terus dengan templat biometrik yang terkandung dalam media mudah alih. Contoh kaedah pengesahan menggunakan media mudah alih ialah penggunaan biometrik cap jari untuk tujuan akses di lapangan terbang. Templat cap jari yang disimpan di dalam pasport akan dibandingkan dengan sampel cap jari pengguna yang diimbas di auto gate. Bagi pengesahan dan pemadanan dengan templat biometrik dalam pangkalan data,data pengenalan awal seperti nombor atau id pengguna dimasukkan terlebih dahulu sebelum pemadanan dibuat memandangkan pangkalan data mempunyai banyak templat biometrik.Contohnya adalah kaedah pengesahan menggunakan cap jari bagi mengakses sistem di mana pengguna akan memasukkan nombor atau id pengguna sebelum mengimbas cap jari untuk dibandingkan dengan templat cap jari pengguna di dalam pangkalan data.

Identifikasi
Identifikasi adalah fungsi di mana sistem perlu mengenal pasti identiti seseorang (Who I am?) daripada senarai pengguna yang sedia ada. Identifikasi memerlukan pemadanan satu ke banyak. Proses pengesahan dan pemadanan dilaksanakan dengan membandingkan ciri-ciri sampel biometrik semasa individu dengan kesemua templat yang ada di dalam sistem untuk mengenal pasti identity individu.Sebagai contoh, kaedah identifikasi digunakan bagi mengesan penjenayah, di mana ciri-ciri sampel biometrik yang diperoleh di tempat kejadian akan dibandingkan dengan data biometrik dari senarai suspek di pangkalan data.

No comments:

Post a Comment