Thursday, March 31, 2011

u can do it!!!

Chapter 1 to 4 = edit report + edit interface = full report

submit : 13 April 2011

presentation : 15 April 2011

~it's not easy as we thought but we get a lot of knowledge and encouragement~

RESEARCH PROGRESS

Wednesday, March 30, 2011

Games???

Soalan kajian :

1. Bolehkah permainan digunakan sebagai kaedah pengesahan?

(i)Apakah jenis games yang sesuai??
(ii)Apakah karakteristik yang perlu ada pada games tersebut???

Permaian berkomputer boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu permainan berkonsepkan perkataan (word game), permainan berkonsepkan gambar (picture game) , dan permainan berkonsepkan aksi (action game).


Search word






Picture matching


Milestone


Pictures matching adalah game yg sesuai digunakan di dlm kajian ini kerana ianya menepati ciri-ciri sistem pengesahan yg diperlukan.

"games as authentication????"

Kajian literatur :

Kajian literatur adalah satu kajian mengkaji dan meneliti segala maklumat yang berkaitan dengan pembangunan projek.Di dalam Bab II ini penerangan tertumpu kepada kajian terhadap kaedah serta kelemahan sistem pengesahan yang sedia ada dan juga jenis permainan berkonsepkan grafik yang akan digunakan di dalam kajian ini.


Sistem Pengesahan


Sistem pengesahan ialah proses mengenalpasti siapa yang boleh mengakses sistem atau dibenarkan untuk mendapatkan maklumat atau perkhidmatan daripada sistem.


Sistem pengesahan terbahagi kepada 3 jenis faktor yang utama iaitu :

1. Pengesahan berasaskan faktor pengetahuan

2. Pengesahan berasaskan faktor pemilikan

3. Pengesahan berasaskan faktor biologikal


Pengesahan sistem berasaskan faktor pengetahuan ialah pengesahan yang selalu digunakan oleh pengguna atau entiti yang mana melibatkan sesuatu yang pengguna tahu.Pengesahan ini melibatkan pengesahan berasaskan teks dan grafik. Pengesahan berasaskan grafik boleh dibahagikan kepda 2 jenis iaitu recognition based dan recall based.


Pengesahan berasaskan pemilikan ialah pengesahan menggunakan token atau kad seperti kad bank yang menggunakan number pin yang mana melibatkan sesuatu yang pengguna ada atau miliki.


Pengesahan berasaskan faktor biologikal juga dikenali sebagai biometrik yang mana melibatkan peribadi pengguna . Biometrik menggunakan cirri-ciri biologi dan tingkah laku manusia untuk pengecaman individu seperti pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA), mata dan suara.



Berikut adalah ciri-ciri pengesahan sistem yang baik (Chad Cook,2006) :

1. mudah untuk diuruskan di dalam aplikasi

2. Mudah untuk digunakan di dalam pelbagai aplikasi

3. mudah bagi pengguna akhir untuk menggunakannya.